Antara peraturan yang harus diikuti ialah:
1. Pertukaran Di Antara Negeri
Guru-guru terlatih yang memohon untuk bertukar antara negeri adalah tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan, mereka dikehendaki mengisi borang permohonan pertukaran ke luar negeri (Borang BS-PG) dan hendaklah mengemukakannya kepada Pengarah Pendidikan Negeri melalui Guru Besar/ Pengetua masing-masing. Guru Besar/ Pengerua hendaklah mempastikan semua maklumat yang diisi dalam borang tersebut lengkap.
Tindakan Jabatan Pendidikan Negeri
Pengarah Pendidikan Negeri setelah menerima borang permohonan bertukar guru-guru (Borang BS-PG) hendaklah menyampaikan ke bahagian-bahagian berkenaan di Kementerian Pendidikan. Semua permohonan, sama ada layak dan disokong atau tidak.
Senarai Bersatu
yang Berasingan
Bahagian yang
Berkenaan
1.
Guru sekolah rendah
mengikut aliran.
Bahagian Sekolah
(U.P
Ketua
Penolong
Pengarah
Sekolah
Rendah)
2.
Guru Sekolah
Menengah Bukan
Siswazah. Bahagian Sekolah
(U.P
Ketua Penolong
Pengarah Sekolah
Menengah)
3.
Guru Sekolah
Menengah Siswazah. Bahagian Sekolah
(U.P
Ketua Penolong
Pengarah Sekolah
Menengah.
4.
Guru Khas, Sekolah
Pendidikan Khas dan
Kelas Percantuman. Bahagian Perkhidmatan
Jabatan
Pendidikan Khas
(U.P
Penolong Pengarah)
5.
Guru-Guru Sekolah
Berasrama Penuh/
Sekolah Menengah
Sains (Pengetua
diminta menghantar
terus ke unit SBP di
Bahagian Sekolah) Bahagian Sekolah
(U.P
Ketua Penolong
Pengarah
Sekolah
Berasrama
Penuh)
6.Guru
Sekolah
Menengah Teknik/
Vokasional
(termasuk Guru Mata
Pelajaran Akademik) Bahagian Teknik/
Vokasional
(U.P Ketua
Penolong Pengarah
Sektor Hal-Ehwal
Pelajar dan Guru)
7.
Guru Agama Sekolah
Rendah/ Menengah
Bahagian Pendidikan
Islam
Senarai Bersatu serta borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh guru-guru terlatih hendaklah disampaikan ke bahagian-bahagian yang berkenaan, Kementerian Pendidikan.
2. Permohonan Suami/ Isteri Jika Kedua-dua Guru Terlatih.
Permohonan dari suami/ isteri hendaklah diterangkan dalam ruangan terakhir dalam Senarai Bersatu dengan nama guru dan sekolah tempat bertugas dan sama ada suami isteri memohon bersama bagi memudahkan Kementerian mengesan suami/ isteri guru yang memohon bertukar.
Guru-Guru Yang Memegang Jawatan Naik Pangkat
Semua permohonan bagi guru-guru yang memegang jawatan naik pangkat hendaklah dihantar terus ke Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan Kementerian Pendidikan.
3. Permohonan Pertukaran dari Guru-Guru Terlatih Mata Pelajaran Am dan Agama Islam di Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional.
Permohonan daripada guru-guru agama di sekolah-sekolah menengah teknik/ vokasional hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pendidikan Islam, satu salinan permohonan hendaklah di panjangkan ke Bahagian Teknik dan Vokasional. Guru-guru Agama Islam di sekolah menengah teknik/ Vokasional hendaklah mengisi borang permohonan bertukar keluar negeri dalam LIMA SALINAN.
4. Syarat-syarat Pertukaran Antara Negeri.
Terdapat 7 kategori permohonan yang layak dipertimbangkan bagi pertukaran guru-guru terlatih, iaitu:
i. Atas keperluan perkhidmatan
ii. Mengikut suami - Pertimbangan
untuk bertukar di beri pada pertengahan
tahun dan hujung tahun.
iii. Mengikut isteri yang bertugas
di Jabatan-jabatan tertutup atau swasta
yang tidak ada di tempat suami bertugas.
iv. Telah memenuhi jangkamasa perkhidmatan
di sesuatu tempat. Lazimnya
permohonan seumpama ini boleh dipertimbangkan setelah guru-guru
terlatih itu berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun disesebuah negeri dan
tertakluk kepada:
a. Kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.
b. Guru-guru memohon bertukar dari negeri-negeri yang berlebihan guru ke negeri-negeri yang kekurangan guru.
c. Guru-guru terlatih yang telah ditempatkan ke Sabah dan Sarawak boleh dipertimbangkan permohonan mereka untuk bertukar ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (terlakluk kepada kekosongan dan keperluan) selepas berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun.
d. Sekiranya sesebuah negeri yang berkurangan guru dalam satu-satu opsyen, permohonan ke negeri-negeri berkenaan bagi opsyen itu akan diberi pertimbangan.
v. Kes Kesihatan dan Perubatan
Guru/ Suami/ Isteri/ Anak yang memerlukan rawatan pakar, dikehendaki menunjukkan bukti surat doktor pakar yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
vi. Kes-kes Khas
Permohonan-permohonan yang tidak terdapat di dalam kategori yang disebutkan di atas akan diberi pertimbangan mengikut merit tiap-tiap kes.
vii. Kelonggaran Syarat
i. Permohonan pertukaran guru-guru yang suami/ isteri mereka terdiri dari pasukan beruniform seperti Tentera, Polis, Kastam, Imigresen, bomba dan lain-lain kes seumpama ini akan dipertimbangkan mengikut merit masing-masing di luar musim.
ii. Permohonan pertukaran guru yang suami/ isterinya Ketua Jabatan, boleh diberi pertimbangan untuk diluluskan permohonan pertukaran di luar musim.
Diharap dengan penjelasan
ini para guru yang ingin memohon bertukar dapat memahami
peraturan sama ada permohonan mereka layak atau tidak.